Tuesday, May 26, 2009

Jurnal Kedua

Kajian Tindakan: Mengintegrasikan Minat Pelajar Dengan Aktiviti Kesenian Dalam Kelas Tahun Enam Sains Sosial.




Latar belakang kajian

Kajian tindakan bertujuan untuk meneroka bagaimana integrasi antara seni lukis dalam subjek sains sosial dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar.
Kajian kepustakaan

Melalui pengintegrasian seni, pelajar menjadi pemikir yang lebih baik, memperkembangkan kemahiran tinggi dan kecenderungan untuk belajar menjadi lebih tinggi (Rabkin & Redmond). Pelajar memerlukan peluang untuk menjadi aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Matlamat utama kajian ini projek ini adalah supaya dapat men pelajar terlibat dengan lebih aktif dalam proses pembelajaran mereka berdasarkan teori pelbagai kecerdasan Gardner. Sebagai contoh, apabila belajar tentang tamadun klasik, pelajar menggunakan kecerdasan visualnya dengan melukis peta, kecerdasan kinestetik dengan berlakon, kecerdasan lisan dengan bercerita, membaca dan menulis menggunakan glyphs, dan kecerdasan logik dengan menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh orang purba. Kesemuanya melibatkan aktiviti keseniaan.




Sampel kajian

650 pelajar tahun enam.

Setting kajian

32 buah sekolah.

Pengumpulan data

Data diperolehi daripada pelbagai sumber.

-Diari catatan guru setiap hari tentang pandangan pelajar terhadap pelajaran dan perubahan yang dilakukan di dalam kelas.
-Rubrik projek kelas.
-Kad skala pembelajaran yang diberikan oleh pelajar.
-Komen bertulis daripada pelajar

Penganalisaan Data

-Dilakukan secara berterusan sepanjang kajian.
-Guru merefleksi pengajaran setiap hari berdasarkan skala yang diberikan pelajar untuk membuat rancangan pengajaran.

Hasil kajian tindakan

Berdasarkan skor Pelbagai Kecerdasan mendapati bahawa pelajar mempunyai kekuatan dalam aktiviti yang melibatkan kinestetik dan juga lisan. Guru sentiasa berbincang dengan pelajar sekerap mungkin. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memaksimakan dua jenis kecerdasan tersebut dengan melakukan pelbagai aktiviti seni yang menyeronokkan seperti melukis, membuat komik, melukis kartun, membaca puisi, dan sebagainya.

Prestasi pelajar semakin meningkat dan bergiat aktif dalam aktiviti pembelajaran apabila kaedah kesenian ini diterapkan dalam P&P kerana mereka bersedia untuk belajar apabila mereka dapat melakukan perkara yang menyeronokkan di dalam bilik darjah. Di samping itu, kaedah ini dapat meningkatkan hubungan komunikasi antara guru dan pelajar serta membina kemahiran interpersonal pelajar itu sendiri kerana mereka berasa dihargai.

0 comments: