Monday, April 27, 2009

Contoh kajian tindakan

1. Kenalpasti masalah
Apabila guru mengajar subjek Pendidikan Islam dalam bahagian Tilawah al-Quran, guru mendapati bahawa terdapat ramai pelajar yang lemah dalam bacaan hukum tajwid yang berkaitan dengan hukum nun mati.

2. Perancangan
Guru pelbagaikan kaedah pengajaran dalam mengajar hukum nun mati tersebut sehingga pelajar dapat menguasai hukum nun mati akhirnya. Sebgaai contoh, guru mengajar hukum nun mati di dalam surau atau masjid untuk meningkatkan penghayatan pelajar terhadap bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul dan seterusnya pelajar akan bersemangat untuk memperbaiki bacaan mereka.

3. Pelaksanaan strategi/intervensi
Guru melaksanakan intervensi atau strategi yang telah dirancang dan difikirkan sesuai untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang hukum nun mati.

4. Pemantauan dan penilaian
Guru melakukan pemantauan dan membuat penilaian terhadap strategi atau intervensi yang telah dijalankan.

5. Refleksi
Apabila didapati intervensi yang dijalankan itu tidak atau kurang berkesan dalam membantu pelajar memahami tentang hukum nun mati, maka guru perlu membuat perancangan yang lain. Oleh itu, kitaran ini akan berulang dan berterusan sehinggalah matlamat yang diingini itu tercapai.

Jenis-jenis kajian tindakan

Terdapat empat jenis kajian tindakan, iaitu:
a. Kajian tindakan individu
Kajian jenis ini dijalankan secara individu atau perseorangan iaitu guru itu sendiri.
Kajian jenis ini memfokus kepada satu isu atau permasalahan yang terdapat di dalam satu bilik darjah sahaja.
b. Kajian tindakan kolaboratif
Kajian jenis ini melibatkan lebih daripada dua orang guru samada dalam bidang yang sama ataupun berlainan.
Kajian jenis ini memfokus kepada dua isu dalam satu bilik darjah.
c. Kajian tindakan organisasi seperti sekolah
Kajian jenis ini melibatkan ramai pihak seperti guru dan ibu bapa.
Fokus kajian adalah tertumpu kepada persekitaran sekolah itu sahaja.
d. Kajian tindakan daerah

Kajian tindakan dalam pendidikan

Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik dan berterusan yang dilakukan oleh seseorang guru dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajarannya. Kajian tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Dalam kajian tindakan, guru bertindak sebagai penyelidik yang mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri. Tujuan utama kajian tindakan dijalankan ialah guru dapat melakukan penambahbaikan dalam aktiviti pengajarannya setiap kali selepas sesuatu kajian itu dijalankan.

Konsep Kajian Tindakan

Kajian tindakan merupakan satu bentuk kajian yang telah diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mula menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan kajian tindakan ini mengutamakan dua idea utama yang penting iaitu:· keputusan kumpulan dan komitmen kepada peningkatan kerja. Kajian tindakan adalah berbeza dengan kajian-kajian lain seperti kajian konvensional, dan sebagainya.

Sunday, April 26, 2009

aku dan semester baru....

Assalamualaikum semua....
Alhamdulillah, secara rasminya semester baru telah pun menjelma (13 April)...
Mudah-mudahan aku berjaya menjadi insan baru, insan berjiwa pendidik yang berjaya menghayati tanggungjawab yang telah ditaklifkan kepadaku sebagai hambaNya...
YA ALLAH! ku mohon padaMu, permudahkanlah urusan kami semua, aminnnnn...