Monday, April 27, 2009

Kajian tindakan dalam pendidikan

Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik dan berterusan yang dilakukan oleh seseorang guru dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajarannya. Kajian tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Dalam kajian tindakan, guru bertindak sebagai penyelidik yang mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri. Tujuan utama kajian tindakan dijalankan ialah guru dapat melakukan penambahbaikan dalam aktiviti pengajarannya setiap kali selepas sesuatu kajian itu dijalankan.

0 comments: