Thursday, May 28, 2009

Jurnal Ketiga

Kolaboratif Antara Pensyarah Guru Dan Guru Tadika : 4 tahun kajian tindakan bagi memperbaiki amalan profesional





Latar belakang kajian

Seorang pensyarah dan seorang guru bekerjasama melakukan kajian tindakan terhadap amalan P&P masing-masing bagi meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Pensyarah tersebut ingin memperbaiki amalan pengajaran kursus kepada bakal guru melalui kerjasama dengan guru tadika. Manakala, guru tadika pula ingin memperbaiki amalan pengajarannya berdasarkan kajian yang dilakukan di tadika melalui kerjasama dengan pensyarah.

Pengumpulan data

Data dikumpul dengan merekodkan perubahan dalam amalan pengajarannya mereka dengan cara:
1. Menyimpan butiran mesyuarat dan perjumpaan yang berkisar tentang perancangan, komunikasi e-mel dan juga jurnal.
2. Mengambil gambar foto digital ataupun rakaman di dalam bilik darjah yang meliputi pelbagai aktiviti yang dijalankan.
3. Sentiasa membuat refleksi dan bertindak atas maklum balas yang diterima daripada pelajar.
4. Maklum balas bertulis dan lisan secara berterusan daripada penyelia masing-masing.

Penganalisaan data

Setiap data yang diperolehi daripada proses pengumpulan data, dianalisis pada setiap semester untuk melihat sejauh mana amalan pengajaran telah meningkat. Ukuran kemajuan dilihat dengan menilai:

1. Nota jurnal dan e-mel
2. Gambar digital dan rakaman video
3. Maklum balas daripada pelajar
4. Maklum balas daripada penyelia.

Membuat perancangan tindakan

Setiap semester, langkah pengajaran seterusnya dibincang sama ada diubahsuai ataupun tidak berdasarkan analisis berterusan bagi setiap program yang dijalankan serta berkongsi hasil kajian yang diperolehi.

Pengajaran yang baik memerlukan kepada gaya yang fleksibel dan membuat perubahan rancangan pengajaran berdasarkan kehendak pelajar. Penilaian berterusan adalah penting. Amalan refleksi adalah sebahagian prosesnya.


Contoh kajian tindakan


“Projek kambing”

Guru tadika telah dihadiahkan dengan seekor kambing. Kambing tersebut menjadi pengikut setia guru tersebut walau ke mana ia pergi. Pensyarah telah telah menjemput guru tadika ke kelas latihan mengajar dan mencadangkan kepadanya supaya menggunakan kambing tersebut sebagai subjek pengajaran melalui pembelajaran berasaskan inkuiri. Guru tadika bekerjasama dengan seorang bakal guru dalam mencari formula pengajaran mereka dan akhirnya mereka telah berjaya menghasilkan satu projek iaitu terdapat dua kumpulan pelajar, satu kumpulan menghasilkan benang daripada bulu kambing dan satu kumpulan lagi menghasilkan produk daripada bulu kambing. Pelajar menikmati pembelajaran dan pada masa yang sama guru tadika dan calon guru tersebut meneroka perspektif masing-masing dalam topik dan unit yang sama. Gabungan idea antara guru tadika dan calon guru tersebut menunjukkan kejayaannya.

Aplikasi dan membuat pengubahsuaian

Apabila guru tadika pulang ke tempat asal, beliau cuba membuat mengaplikasikan prinsip yang sama ketika mengajar anak muridnya dan membuat pengubahsuaian yang diperlukan.

Perkongsian maklumat

Hasil kolaborasi antara guru dan calon guru itu dikongsi bersama dalam persidangan dan semua pihak berminat dengan kaedah kolaboratif ini.

BoldTugasan ‘projek kambing’

Pensyarah telah memberi tugasan kepada pelajarnya supaya mencipta tema lain yang pelbagai berkaitan dengan projek ‘kambing tersebut’ yang boleh diaplikasikan di tadika. Hasil pelajarnya dikongsi bersama dengan guru tadika dan guru tadika memberi respon bagi setiap projek yang dibentangkan berdasarkan amalan pengajarannya di dalam kelas. Kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada kolaboratif ini.

0 comments: