Tuesday, May 26, 2009

Jurnal Pertama

Tajuk: Kajian Tindakan Dalam Perkembangan Kurikulum Kasih Sayang Di Taiwan: Bahagian II




Latar belakang kajian tindakan

Kajian tindakan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Kursus Penerapan Kasih Sayang yang telah diperkenalkan di Taiwan bagi Ijazah Kejururawatan dari aspek perkembangan, reka bentuk kursus, pelaksanaan dan juga penilaiannya.

Reka bentuk kajian
Kajian ini menggunakan peserta kajian tindakan bagi membangunkan tahap peningkatan kursus kasih sayang kejururawatan.

Sampel
Kajian tindakan ini menggunakan sebanyak 16 sampel yang terdiri daripada pengajar pelbagai bidang iaitu psikologi, sosiologi, biologi, dan pendidikan.

Prosedur

Empat peringkat dalam kajian tindakan kemajuan kurikulum.

1. Peringkat Perancangan
Penyelidik menjemput ahli ilmuan dari institusi lain bagi memberi seminar dan bengkel tentang konsep dan pengajaran kasih sayang. Selepas itu, peserta membuat kajian kepustakaan dan merangka kursus.

2. Merekabentuk
Mewujudkan satu unit kursus dan membangunkan buku panduan mengenai kursus yang mengandungi maklumat dan sumber rujukan mengenai kursus tersebut.

3. Peringkat Pelaksanaan.
Kaedah pengajaran berpusatkan pelajar digunakan dalam kursus ini melalui aktiviti kuliah, dialog, kerja kursus di luar sekolah dan lain-lain. Para pelajar suka membuat refleksi tentang amalan kasih sayangnya dan berkongsi bersama rakan.

4. Peringkat Penilaian
Tiga aspek penilaian yang dijalankan ialah:
a. Pengetahuan mengenai kasih sayang dinilai melalui ujian penulisan, jurnal dan laporan kumpulan.
b. Sifat penyayang dinilai menggunakan kaedah catatan jurnal/diari dan penglibatan di dalam kelas.
c. Tingkahlaku penyayang dinilai menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.

Hasil keputusan kajian tindakan
Kasih sayang dan sifat penyayang merupakan intipati asas dalam bidang kejururawatan. Kemahiran berkasih sayang boleh dipelajari dengan menggunakan kurikulum dan strategi pembelajaran yang sesuai. Kasih sayang dipamerkan melalui bahasa badan, sentuhan, urutan dan empati.

0 comments: