Sunday, May 10, 2009

Kuliah Minggu ke-3 (4 Mei 2009)

oleh Dr. Mohd Izham Bin Mohd Hamzah

TEORI PERUBAHAN

Kuliah minggi ini menyentuh tentang teori perubahan yang mencakupi aspek konsep, sifat, jenis dan model-model perubahan. Perubahan adalah fleksibel dan tidak tekal. Ia bersifat kompleks iaitu berkaitrapat dengan proses evolusi dan revolusi. Perubahan juga bersifat multidimensi di mana apabila sesuatu perubahan itu dilaksanakan, ia mestilah mengambilkira enam perkara utama iaitu tujuan, unit yang terlibat, sifat (besar atau kecil), skala magnitude, skop dan jangkamasa perubahan. Terdapat empat jenis perubahan iaitu perubahan yang menuju ke arah peningkatan, perubahan strategik organisasi, perubahan reaktif dan perubahan akibat daripada jangkaan. Antara empat jenis model perubahan ialah model penggabungan Roger, model Kanter, model Rant dan model ACOT. Perubahan atau hijrah dalam istilah Islam itu berlaku apabila ia menuju ke arah peningkatan, kebaikan dan lebih baik. Untuk menjamin keberkesanan dalam perubahan, sasaran utama adalah terletak pada perubahan individu itu sendiri.

Aktiviti

Nyatakan lapan sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelesaiannya.

Jawapan:

Lapan sebab manusia tidak sukakan perubahan adalah seperti yang berikut:

1. Tidak menepati kehendak individu atau organisasi
2. Ketidakpuasan terhadap individu tertentu atau organisasi
3. Konflik yang telah lama wujud tidak diselesaikan terlebih dahulu
4. Perbezaan ideologi yang ketara
5. Pengaruh persekitaran seperti waktu yang tidak sesuai
6. Tidak memenuhi tuntutan ramai pihak
7. Kekangan daripada pihak lain
8. Perubahan yang berlaku secara mendadak atau tiba-tiba

Cara penyelesaiannya adalah:

1. Kenalpasti setiap tuntutan dan kehendak setiap ahli @ organisasi.
2. Berbincang dan mencari kata sepakat dalam membuat sesuatu perubahan
3. Melakukan kajian dan perancangan yang teliti sebelum membuat sesuatu perubahan
4. Mewujudkan persefahaman dari segi komunikasi dan interaksi yang jelas
5. Membuat perubahan secara beransur-ansur dan perlahan-lahan bermula dari peringkat bawah
6. Menyediakan garis panduan yang jelas
7. Melihat semua perubahan yang dibuat dari sudut positif

0 comments: