Thursday, May 14, 2009

Kuliah Minggu Ke-4 (11 Mei 2009)

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Dalam konteks bilik darjah - Kajian tindakan adalah kajian yang dilakukan oleh guru atau tenaga pengajar itu sendiri di dalam bilik darjah di mana dirinya terlibat aktif dalam usaha menjalankan kajian terhadap sesuatu permasalahan yang terdapat ataupun yang berlaku dalam bilik darjah bagi membaiki amalan P&Pnya.
Kajian tindakan dilakukan bukan untuk menguji keberkesanan sesuatu intervensi tetapi ia dilakukan adalah untuk membuat PENAMBAHBAIKAN.

Model kajian tindakan Johnson



Kajian Kepustakaan

Menurut Model kajian tindakan Johnson, kajian kepustakaan adalah penting sebelum sesuatu kajian tindakan itu dijalankan. Pengkaji hendaklah melakukan sorotan ke atas bahan-bahan literature, jurnal, artikel, seminar dan laporan. Ia dilakukan secara kritikal ke atas perkara-perkara penting yang dikemukakan dan amat memerlukan kemahiran aras tinggi melalui proses membuat banding beza, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan dan mensintesis. Melalui kajian kepustakaan, pengkaji dapat mengenalpasti akan teori, permasalahan yang telah dibincangkan dan sebagainya.

Langkah-Langkah Membuat Kajian Kepustakaan

a. Membandingkan dan membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan criteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsure sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila 1) terdapat dua atau lebih cirri atau kemungkinan 2) membuat pilihan atau keputusan
Langkah penggunaan
1. Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data).
2. Kenalpasti ciri kajian tindakan itu.
3. Tentukan samada kajian tindakan yang lain mempunyai cirri yang sama.
4. Menyatakan ciri itu samada ia sama atau berbeza.


b. Menganalisis
Menganalisis ialah mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan menganli prinsip yang terlibat.
Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

c. Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah (teori dll).
Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
1. Memilih sesuatu (teknik).
2. Menerima atau menolak sesuatu idea.

d. Membuat Kesimpulan
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal atau menyokong pernyataan.

e. Mensintesis
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

kuliah Dr. Siti Fatimah.

0 comments: